Pelbagai cara yg boleh diikuti, bagi mengamalkan pemakanan sihat , tapi cara yang paling afdal mestilah cara rasulullah Ini adalah diet Rasulullah (s.a.w.) juga. Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanan baginda sehari-hari.
Apa kata kita amalkan diet ini, tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus! Insya-Allah kalau pembaca ikut diet Rasulullah ini berbahagialah anda.
1. Jangan makan SUSU + DAGING
2. Jangan makan DAGING + IKAN
3. Jangan makan IKAN + SUSU
4. Jangan makan AYAM + SUSU
5. Jangan makan IKAN + TELUR
6. Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
7. Jangan makan SUSU + CUKA
8. Jangan makan BUAH + SUSU contoh koktel, jangan makan buah-buahan selepas makan nasi, sebaliknya makan buah-buahan terlebih dahulu, selepas itu baru makan nasi.
9. Tidur satu jam selepas makan tengah hari.
10. Jangan sesekali tinggal makan malam. Sesiapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
P/s: Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah SWT “Barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan Insya Allah, Allah SWT akan menggandakan 10 kali lipat pahala kepadanya”
credit = Dark batman
Isnin, 19 Disember 2011
NASIB PELAJAR MALAYSIA DIMESIR
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya tidak mampu untuk membantu mereka di sana, tapi
apa yang saya mampu buat di sini ialah berkongsi untuk
kita semua tahu tentang apa yang sebenarnya terjadi
di sana. Moga dengan pengetahuan ini kita akan
dapat bersama-sama mendoakan kesejahteraan
mereka di sana.
Mengapa Berlakunya Krisis Darurat di Mesir?
Bermulanya Revolusi di Tunisia yang menggulingkan
Presiden Zine el-Abidine Ben Ali kerana masalah
korupsi yang melampau. Kejayaan Rakyat Tunisia ini
telah menyuntik semangat kepada Rakyat Mesir untuk
menggulingkan Kerajaan Hosni Mubarak yang juga
sangat korup. Kita juga sedia maklum yang Kerajaan
Mesir lebih pro kepada zionis dan sering menghalang
bantuan ke Palestin walaupun sesama Islam.
Bertitik tolak daripada kejadian Mohammed Bouazizi,
seorang rakyat Tunisia yang membakar diri akibat
tidak tahan dengan korupsi dalam kerajaan Presiden
Zine el-Abidine Ben Ali, walaupun beliau melaporkan
masalah beliau kekejaman terhadap beliau kepada
kerajaan, namun ia langsung tidak diendahkan dan kekejaman
makin berleluasa dan yang miskin terus ditindas dan
yang kaya terus dipuja. Akhirnya, beliau pada
17 Disember 2010, telah membakar dirinya sendiri tanda
protes kepada kezaliman dan kekejaman Kerajaan sedia ada.
Kematian beliau telah menyebabkan kemarahan dan
membangkitkan semangat golongan bawahan untuk membela
nasib mereka sehingga kerajaan Presiden Zine el-Abidine
Ben Ali lumpuh dan beliau terpaksa melarikan diri daripada Tunisia.
Di mesir pula, 2 orang membakar diri di depan bangunan
parlimen Mesir di sebabkan tekanan kehidupan di mesir
dengan kadar pengangguran dan pendapatan rakyat miskin
yg sangat rendah. Berbeza dgn golongan2 kaya yg
makin meningkat pendapatan mereka.
Akibatnya, rusuhan dan demonstrasi untuk meminta Kerajaan
pimpinan Hosni Mubarak berundur dilakukan.
Namun Hosni Mubarak tetap berdiam sehinggalah
keadaan menjadi makin parah selepas 3 hari dan telah
mengakibatkan 35 orang terbunuh
Selasa, 25 Jan 2011 - Rakyat Mesir mulai bangun untuk
memprotes kerajaan. Bermulanya "Hari Kebangkitan
Kemarahan" (Day of rage).
Rabu, 26 Jan 2011 - Protes berterusan masuk hari kedua.
Khamis, 27 Jan 2011
- Mesir menutup rangkaian sosial (twitter, facebook)
melalui penutupan internet dan sistem telekomunikasi
. Semua telefon, internet, mesin ATM langsung tidak
boleh digunakan.
Jumaat, 28 Jan 2011
- Ketua Menteri Mesir, Mubarak mengumumkan akan
menubuhkan kerajaan yang baru. Berlakulah "power of void".
Negara yang tiada pemimpin.
Sabtu, 29 Jan 2011
- Penggunaan radio (morse code) membantu Mesir
berhubung dengan dunia luar
Ahad, 30 Jan 2011
- Stesen TV, Al Jazeera ditutup.
- Kedutaan US di Cairo meminta warga amerika
untuk tinggalkan Mesir
- Hillary Clinton meminta Mesir menghala ke arah demokrasi.
Akibatnya?
1. Huru-hara dan rusuhan hampir di seluruh Mesir
menyebabkan keadaan tidak selamat dan hampir melumpuhkan
segala aktiviti di Mesir.
2. Kemudahan internet, telefon dan komunikasi terputus
dan diblok. Pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia tidak dapat
dihubungi dan berita serta perkembangan terbaru
keadaan di Mesir agak terbatas.
3. 6000 banduan melepaskan diri daripada penjara dan
ada di antara mereka menyamar dengan berpakaian polis
dan siap bersenjata. Satu ancaman yang cukup membahayakan
orang awam.
4. Apabila berlakunya darurat, maka sudah tentu akan berlakunya
krisis makanan. Ada di antara pelajar Malaysia di sana yang
dikatakan bekalan makanan mereka hanya mencukupi untuk
3 hari.
Seterusnya bagaimana mereka akan terus hidup jika dibiarkan
sahaja di sana berkurung di rumah hanya menghitung masa dan waktu.
5. Tambang untuk pulang ke Malaysia sudah naik 7x ganda dan
belum tentu pun boleh terbang pulang. Jalan-jalan ke airport
penuh dengan samseng jalanan dalam usaha mereka untuk
merompak dan memeras ugut orang awam.
6. Menurut masyarakat arab di sana, sumber: Suffian Sani
(terkandas di Mansurah), dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri
(baru tiba di KLIA).
Jika dalam masa empat hari, iaitu sampai 2/2/2011 ini, jika Hosni Mubarak
tidak turun juga, mereka akan melancarkan peperangan civil. Nauzubulillah.
7. Paling sedih lagi, seorang pelajar perempuan malaysia di
Iskandariah telah dirogol, maklumat diperoleh dari
"Ummi Medic Mesir". Bayangkan kalau ahli keluarga anda
yang terlibat. Jadi marilah kita mendoakan kesejahteraan
dan keselamatan mereka.
Apa yang kita boleh buat?
1. Buat solat hajat dan mendoakan keselamatan rakyat
Mesir dan rakyat Malaysia terutamanya pelajar Malaysia
di sana. Setakat ini, hampir 4300 orang telah selamat dipindahkan ke Jeddah.
2. Menulis dan menceritakan kepada sahabat kita. Nak copy
paste daripada sini pun boleh.
3. Kongsi berita ini bersama rakan-rakan lain, sama ada
melalui tweeter, Facebook, email. Biarkan masyarakat