Khamis, 4 Julai 2013

Menghuni Rumah Ditanah Berpenghuni

Menghuni rumah ditanah berpenghuni, rumah cinta, rumah damaiku, sang rumah kayu, para rumah reput dek anai-anai, namun inilah syurga permai yang damai, sedarku dari lena, apabila sang suria menerobos rekah dan ruang angin, pancaran tepat kearah deria tampak, lelapku lena dalam okestra alam sang cengkerik, angin dan unggas malam, apa mahuku lagi, rumah bagai fantasi nyata duniawi, menghuni rumah di tanah berpenghuni, kau belum tahu dalam isi hati, sejarah rumahku yang tiada mungkin dihuni lagi, tidak lama lagi.

Madah Cinta

Aku dua, ya.. aku memang dua, dalam satu aku ada dua, siapa yang tahu dalam aku ada dua, aku budiman dan aku bagai syaitan haha..., jangan terkedu, kerana dalam aku ada dua. Baiknya.... aku,opss.. itulah sang jahat dalam diriku, berbuat, mohon dilihat yah, hormat, namun hati dendam kesumat, jelaskan taufiq sembunyi munafik , yahaha . Oh jahatnya aku, mengapa kuberbuat itu, nampak jahat, namun itu sisi baikku, sedari silap diri segera betuli hati, wahai diri , tiada ku ketahui apa yang terfahami, apakah kini , tampak nukilanku,pena siapa yang berpihak,kerana aku yang dua, menjadi satu sahaja dalam satu masa, pening aku memikirkannya bagai nyamuk dalam kelambu, Kerna itu kuulangi madah cintaku, dua diriku didalam satu..haha..

Yakin

Sahabat pernah berbisik, sedang terpandu bisa terbabas, itulah yang kuhadapi kini, dulu, dan selalu, kerana yang terbiasa perilaku, itulah luarbiasa yang sebenarnya, aq mencuba lagi , kembali kepada yang terpandu, jalan lurus itu yang ku cuba tepati, dengan lafaz "basmallah", yakin sentiasa mencuba, dan terus mencuba, kupanjatkan doa dan semangat yang mengiringi, masih belum tampak hasilnya, namun kugenggam yakin dan percaya pada-Nya sang pencipta.

Sehijau Rumput Damai

Rumput jiwaku hijau, sehijau dedaun dilihat damai, sedamai kicauan unggas, desiran lata menerjah batuan, setenang desiran angin disulam nyanyian cengkerik di malam nyaman, damai kulihat permai, tenang, sunyi namun beerti, begitu yang kurasa kini, usai ku tampal dinding rekah hati yang pernah rebah, kutampal setiap sisi yang pernah dahulu terisi, lalu ku simpul mati, agar tiada lagi yang meresapi untuk mengisi, damai ku telah tersemai walau sehalus benang namun tenang.