Jumaat, 12 September 2014

Alhamdulillah,
masih terang, walau lorong tanpa lampu jalan, masih ada ihsan sinar bulan, walau ramai ketawa, di zamanku kejatuhan, masih ramai mendoakan.

Isnin, 17 Mac 2014

Alhamdulillah

Sebelumnya,
ditoreh halus rahmat empayar,
disimpan sisi nilai nilaian pemula,
mengutip sisa gusti,

Dagangnya ia atas kata,
murni sabitnya,
masih disyukuri,

Hari sebermula,
dengan harap kembali,
menuju tegas tubuh gembala,
atas kurnia nikmat terperi,

pemulanya roboh retak,
patah jiwa,
jauh tarikan impi,
melata nilai,
menuju rebah,

Tinggal titik nada,
menunggu terbitnya mentari,
ia bermula lagi.
Bismillah.. lalu aminnn.

Selasa, 4 Mac 2014

Edan Kesmaran

Bantal empuk untuk sang buta, hanya sebentar.
Melambai halus kiri kanan bagai ladung,
Seperti menimang bebola mata lelan dibuai hipnosis,

Jiwa dan kacang fikiran lelah,
Meletup belulang rangka,
istiqamah hamba raga dunia, yang kepada siapa entah,
Untuk apa entah.

Khayal.....
khayal hayati watak dalam mimpi,
Kerna ia dan isinya mangsa rakus dunia,
yang merantai setiap sendi,
mengunci senda tawa,
dan memaksa sendu tangis.

Kelopak mata terkunci,
ia sengaja, ingin mendakap mimpi selamanya,
mimpinya seperti membujuk hatinya,
bagai edan kesmaran tertusuk di cinta yang paling dalam,

Masyghul...
sungai tangis menitis dari kelopak kalbunya,
yang ditera sayembara mimpi,
satu retorik kesal,
sekian lama bermukim di bangsal kasta bajingan,
dan panglipur khayal menceroboh roh jiwa dan akal,
 menjanjikan adipati helang tenang di sisi candala pipit,
gagak cela bercinta dengan sang merak kusuma.
Niat pemula  menitip sesal dan kesal yang mencelaka,
Di noktah pengakhirannya.


Ahad, 22 Disember 2013

fantasi ke burung biru

hapuskan airmata, bina dunia fantasi menjadi nyata, tetap iltizam jalan tertumpu, niat nyataku menjadi satu, akan ku orak langkah kakiku, terus melepasi awan kelabu, tepiskan seluruh rintangan alam, akan ku peluk burung biru, ku mahu itu,ku pasti itu.

Khamis, 4 Julai 2013

Menghuni Rumah Ditanah Berpenghuni

Menghuni rumah ditanah berpenghuni, rumah cinta, rumah damaiku, sang rumah kayu, para rumah reput dek anai-anai, namun inilah syurga permai yang damai, sedarku dari lena, apabila sang suria menerobos rekah dan ruang angin, pancaran tepat kearah deria tampak, lelapku lena dalam okestra alam sang cengkerik, angin dan unggas malam, apa mahuku lagi, rumah bagai fantasi nyata duniawi, menghuni rumah di tanah berpenghuni, kau belum tahu dalam isi hati, sejarah rumahku yang tiada mungkin dihuni lagi, tidak lama lagi.

Madah Cinta

Aku dua, ya.. aku memang dua, dalam satu aku ada dua, siapa yang tahu dalam aku ada dua, aku budiman dan aku bagai syaitan haha..., jangan terkedu, kerana dalam aku ada dua. Baiknya.... aku,opss.. itulah sang jahat dalam diriku, berbuat, mohon dilihat yah, hormat, namun hati dendam kesumat, jelaskan taufiq sembunyi munafik , yahaha . Oh jahatnya aku, mengapa kuberbuat itu, nampak jahat, namun itu sisi baikku, sedari silap diri segera betuli hati, wahai diri , tiada ku ketahui apa yang terfahami, apakah kini , tampak nukilanku,pena siapa yang berpihak,kerana aku yang dua, menjadi satu sahaja dalam satu masa, pening aku memikirkannya bagai nyamuk dalam kelambu, Kerna itu kuulangi madah cintaku, dua diriku didalam satu..haha..

Yakin

Sahabat pernah berbisik, sedang terpandu bisa terbabas, itulah yang kuhadapi kini, dulu, dan selalu, kerana yang terbiasa perilaku, itulah luarbiasa yang sebenarnya, aq mencuba lagi , kembali kepada yang terpandu, jalan lurus itu yang ku cuba tepati, dengan lafaz "basmallah", yakin sentiasa mencuba, dan terus mencuba, kupanjatkan doa dan semangat yang mengiringi, masih belum tampak hasilnya, namun kugenggam yakin dan percaya pada-Nya sang pencipta.