Yaaa..... ya aq dah penat....so aq pon tukar laa...ayat lame......MINGGU INI FINAL EXAM maka, aq dan kwan seperjuangan aq mula laa, melaku pelbagai perkara DI LUAR TABII@ BUANG TEBIAT..ANTARANYA:... 5 mnit later.....ya agak trganggu aq td, apabila mmbe aq der, bgi kfc,hahaha, lazat dan MSG yg elok untuk OTAK,haha...ok kalakian..aq sambung semula perkara BUANG TEBIAT tersebut, yang harus kami ikuti ialah:
1) NO MAGGY,walhal inilah makanan ruji bangsa kami iaitu belia tua harapan negara.........,oleh kerna MAGGY memberi infaksi yang maksima, hatta ia di kuarantin di dalam kabinet dapur , sehingga amaran berjaga2, ditarik semula kerajaan final universiti malaysia,oleh kerana inilah mereka iaitu kami.. mula tergapai2 dan sesat di da;lam mencari makanan ruji yang sebenar, yang mampu menampong tongkang tembolok kami yg besar ini, untuk dapat makan dalam bahasa saintifiknya mentedarah.
2) DATING- haha, no more dating2, orang semua sibuk study ngko nk dating plak ea, hehe, tpi ni bgi mata ayer kwn aq laa...aq tkde, makan pon tak ckop, 1 pket maggy kongsi 6 orang,yag last hirup kuah maggy jerlaa...tapi Ini bukan majoriti sahabat handai aq buat, ader gak yang break the rule.Ye aq mengaku aq bukannye gay,ye aq bukan, aq cume tk dapat bezakan perasaan aq trhadap perempuan, itu yang mnyebabkan aq masih mingle al pringgle tk halal,single shortformnye...
3)NO GAME; hatta , inilah suatu tarikan nafsu optimum, bagi lelaki, sesungguhnya, lelaki akan pilih untuk abaikan text dari mata ayer, semate2 untuk game,haha ini FATWA dunia...so inilah yg pling susah untuk ,kami, untuk mninggalkannya walaupon hanya untuk beberapa minggu..so bagi mata ayer yg syg belia2 nie, silelah beli ps3, x-box atau minimum cd game untuk birthday yer, tknak bear2 nie, tk bgerak, takde funtions, buat semak bilik , last2, jdi sapu jamban,hehe,seriously!!!! tpi yg jamban tu aq jer laaa kot,hahaha
4)LEPAK;Maka masa untuk lepak ,hmm...masa lepak aq trpakse dikorbankan dengan belajar, tkde lagi baring2, tgok tibi, dngar lagu, maen bdminton, futsal, basket,
5)TIDO- ...k yang bukan setakat jadi hobi kiteorang, ini universal hobby, atok nenek moyang, awek cantik awek medium, lelaki buruk pon suke , ....aq la tu, hahah, fakta mnyatakan manusia yang tido lebih, akan lambat tua dari yang tak tido, itu sebabnye gadis2, kampung yang tk terdedah kpade dunia globalisasi ,interaksi dilamansosiall..lebey muda dri yang makhluk yang boleh berkata2, yang ber FB sampai pagi tuuuu.
6)SOLAT- Arrrr. yang nie aq x brape setuju, bile da susah baru nak ingat Allah s.w.t , bile senang skit dpt duit belanje mate ayer, wayang laa, karaoke laaa...tambah tolak msti abis over RM100, blom lgi mkan, kan, mmg laa duit korang kan
Akhir kata dari aq, walau apa pun berlaku kepada kita , musibah , atau kurnia. Pastikan kita mencari solusi yang terbaik, yang tidak membuat kita menyesal di hari yang akan datang,
" ANAK ITIK MENARI2,
ANAK AYAM MELOMPAT2,
.................................................
..................................................
Ya, aq tau , korang mesti ingat aq sengaje kosongkan , ye aq mmg saje... supaya korang boley fikir sambungan pantun nie, setelah 10 minit aq tggu idea aq untuk sambung pantun nie, dah terbukti, idea bak TOPUP nie , da abis ku perah....so mungkin 2 tahun lagi , bile aq buat post baru aq sambung pantun nie, k cau, Assalamualaikum....






Tiada ulasan:
Catat Ulasan